Sunday, 17 January 2010

Dambaan kasih illahi...

"Dambaan kasih Illahi,
Sekian lama hati mencari sesuatu yang pasti,
Bagi menjadi nur dihati yang resah gelisah,
Gelap gelita, tanpa sinar cahaya kasihMu Illahi,

Dambaan rahmat dariMu Ya Rabbi,
Bagi merestui perjalan sufi di muka bumi ini,
Agar langkahku lurus meniti sinarmu Illahi,
Walau taubat sering kumungkir,
Walau janji sering terpinggir,
Namun, nikmat dan rahmatMu masih hamper,
Betapa hati ini hina,
Betapa diri ini durjana,
Alpa dek kelalian dunia,

Tuhan,
Terimalah seadanya sujudku di telapak sejadahMu,
Berkatilah sekelumit doa yang hanya mendamba rahmat dan kasihmu,
Sesungguhnya engkau Tuhanku,
Yang menciptakan aku dari setitis air yang hina,
Kepada makhluk yang mulia,
Sucikanlah hati ini dari mazmudah kemungkaran,
Sinarkan ianyadengan madah mahdudah,
Agar bias kukecapi halawah imanmu….

Ya Rabbi…
Ampunilah aku…

Saturday, 16 January 2010

orang baru....

assalamualaikum....hmm....hari ini hari pertama aku belek2 blog nie....
sebelum nie mmg aku nak create blog sendiri tapi x berkesempatan....
insyaallah , semoga Allah permudahkan niat aku untuk aku luaskan pengetahuan dan mencari pengalaman kat sini....teringat pantun yang mmg kita selalu dengar dari kecil lagi
buah cempedak di luar pagar,
ambil galah tolong tunjukkan,
saya budak baru belajar,
kalu salah tolong tunjukkan.

hmm...aku baru blaja, dan akan terus blaja, kita pun memang disuruh menuntut ilmu hingga ke pelusuk mana pun asalkan kita leh balance kan akhirat n dunia....smpai sini je la dulu...nanti aku nak cari idea n sambung balik celoteh aku kat cni....

" Barang siapa yang tidak mahu maju dalam mencari ilmu jiwanya serta hatinya seperti lampu, makin lama makin malap, makin lama makin malap & akhirnya terus gelap.."

Friday, 15 January 2010

MOHON TERBUKA HATI DAN MEMAHAMI ILMU

Wahai Tuhanku, tambahkanlah ilmuku dan luaskanlah fahamku. Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku dan mudahkanlah urusanku. Ya Allah, keluarkanlah aku
daripada kegelapan ragu dan muliakanlah kami dengan cahaya kerahmatan, bukakanlah bagi kami makrifat ilmu,
berikanlah cahaya kepada hati kami sebagaimana Engkau berikan cahaya kepada matahari dan bulan dan
mudahkanlah bagiku pintu kurniaan Mu, wahai Yang Maha Penyayang.