Friday, 8 April 2011

La Takhaf wa la tahzan...



Jika ini ketentuanMu,
ku coba tabahkan hatiku,
karena pasti tersirat sesuatu di balik yang tersurat itu...
karena ku manusia biasa,
tidak terdaya memikirkan apakah hikmahnya...
apakah rahsianya..
hidup ini terus berputar,
tiada masa untuk lengah,
tiada masa untuk patah,

ku kuatkan hati yang serapuh kaca ini,
ku salutkan bersama doa tulus suci,
karena doa itu tersimpan satu kekuatanku,
kekuatan dari yang Empunya segalanya...

dan pastinya dunia bukan milikku sendiri,
untukku atur segalanya,
karena yang takdir itu mengatasi tadbir...
tadbir dari manusia yang lemah,
takdir dari Tuhan Yang Maha Mencipta,

ku simpan segala pahit dan duka,
dalam surat kehidupan ini,
yang penuh sirat pengajaran...

di sebalik yang terjadi
pasti ada yang terjanji
termateri sesuatu yang pasti
jika kau ridho ketentuan Ilahi...

assalamualaikum...hari ini 9/4/2011...sahabat2 ku menziarahi seorang ibu yang sgt tabah, ...aku xberkesempatan untuk menziarahinya kerana sebab2 tertentu...insyaallah andai punya kesempatan aku akan menziarahinya..seorang ibu yang baru kehilangan anak nya..aku sebak n sedih mendengar khabar dari sahabat2 ku, aku tau dan merasai bagaimana kesedihan itu tapi kita mesti yakin bahawa setiap yang terjadi pasti ada hikmah nya..and i know she is such an iron lady..kerana itu adalah Qada & Qadar Allah, tiada yang dapat menhalangnya..aku yakin beliau seorang yang kuat dan sebelum anaknya pergi beliau telah meredhai seandainya anaknya pergi dulu...aku berfikir sejenak, kesedihan dan ketakutan pasti ada dalam diri seorang manusia tetapi kita harus tahu yang setiap perkara yg sedih itu pasti ada ketentuan darinya..mungkin ada orang akan kata senang je kita suruh orang bersabar, tabah tapi dia tau ke apa yang orang tu rasa? aku tau mmg susah nk memahami seandainya kita x merasainya sendiri tetapi kita adalah hambanya mengapa kita x berusaha untuk menjadi yang tabah dan mengambil setiap kejadian sebagai pengalaman agar kita juga akan menjadi tabah seperti mereka yang tabah..sentiasa berusaha dan berdoa dan yakin bahawa Allah yang menentukan segalanya dan kita hanya merancang, sajak diatas ini aku copy dari seseorang yang aku xkenal, tpi aku tertarik ngan sajak nie dan disi aku nak minta maaf kerana copy sajak ni dan publish di blog aku....

Sunday, 23 January 2011

sahabat.........

assalamualaikum....
23 januari 2011, 19:00....
hari nie tiba2 teringat kat seorang sahabat yang jauh dimata tapi dekat dihati...
betapa rindunya saat2 bersama suka duka kami bersama...
walaupun jarang berhubung tapi kami tetap macam dulu, berkongsi rahsia...bagi nasihat...bagi pandangan...
lagu teman sejati dari kumpulan brothers adalah lagu persahabatan kami....

teman sejati


Selama ini
Kumencri-cari
Teman yang sejati
Buat menemani
Perjuangan suci

Bersyukur kini
PadaMu Illahi
Teman yang dicari
Selama ini
Telah kutemui

Dengannya di sisi
Perjuangan ini
Senang diharungi
Bertambah murni
Kasih Illahi
KepadaMu Allah
Kupanjatkan doa
Agar berkekalan
Kasih sayang kita

http://www.free-lyrics.org

Kepadamu teman
Ku pohon sokongan
Pengorbanan dan pengertian
Telah kuungkapkan
Segala-galanya…

KepadaMu Allah
Kupohon restu
Agar kita kekal bersatu
Kepadamu teman
Teruskan perjuangan
Pengorbanan dan kesetiaan
Telah kuungkapkan
Segala-galanya
Itulah tandanya
Kejujuran kita

Sunday, 31 October 2010

umi

rasa rindu teramat sangat...umi.....anakmu sangat merinduimu....xtertahan rasa rindu...

Sunday, 24 October 2010

Petua mencuci hati......

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur – Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri.katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka)
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya – CUBALAH!!).
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang shubhah.(diragui halal dan haramnya.)
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut…dsb)

marilah kita sama2 amalkan .....